Pelajar dikehendaki mengumpul dan mempamerkan maklumat tentang jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat 7 jenis warisan dan pelajar membentuk satu team yang terdiri dari 2 atau 3 orang pelajar sahaja. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu jenis warisan, misalnya tarian dan mencari maklumat tarian bagi pelbagai kaum di Malaysia.
Guru meminta pelajar mencari maklumat dari internet dan membuat persembahan menggunakan MS Powerpoint. Pelajar membahagikan kerja antara mereka dan mencantum slide persembahan antara mereka dan apabila telah siap dihantar kepada guru ke dalam Folder bernama "Projek Pelajar" melalui intranet. Guru akan memilih persembahan terbaik untuk dipaparkan kepada semua pelajar.
No comments:
Post a Comment